-ShahrinShahruddin.

Kafe urban ini masih lengang semasa aku dan dia masuk ke dalam. Dia kata dia mahu minum kopi hari ini. Aku juga sama. Tapi aku batalkan pesanan kopi aku dan pesan minuman sejuk. Dia ketawa kecil. Hujan sudah turun sejak pagi tadi dan aku nampak dia menggigil kesejukan. Kami hanya bercerita rambang sehinggalah minuman yang kami pesan dibawa oleh pelayan. Dia hirup perlahan kopi di dalam cawannya tanpa menyedari aku sedang memerhatikannya.

"Things gonna get emotional when it just only the two of us on the table" kata dia. Ah, memang pun. Benda akan jadi emosional bila yang ada hanya kami berdua. Dada aku sudah berombak sejak pagi tadi. Dan aku sudah tidak tahan. Aku mula bercerita setiap apa yang menendang dada aku untuk dilontarkan keluar.

"Im all alone these days" kata aku.

"Kenapa pula?"

"Aku rasa orang dah mula jauhi aku. Like im such a fragile things. Orang terlalu berhati-hati dengan aku sehingga aku rasa tak selesa dan aku rasa macam aku buat orang lain juga rasa tak selesa. Orang dah jarang nak bergurau dengan aku sebab takut aku terasa. Padahal i can take it. But please not the Z and S jokes. Entahlah. Tapi aku rasa orang makin dingin dengan aku"

Dia hirup kopi di dalam cawannya dan beri isyarat agar aku teruskan cerita aku. Oh bukan. Dia beri isyarat agar aku keluarkan segala semak dan duri yang ada di dalam dada aku.

"I feel so bad these days. No one replying my message anymore. Aku tahu semua orang sibuk. Dan aku actually can handle it. Tapi.."

"Tapi apa?'' tanya dia.

"Tapi bila dia yang tak balas mesej aku, it burn like hell" nada aku berubah dan aku tak dapat mengawalnya.

"Dia? Siapa dia?"

"You know..the muse that i've told you before"

Ada tempoh jeda sebentar ketika itu dan dia memandang ke luar kafe. Jalan raya dibasahi hujan yang sudah lama tidak turun.

"Mungkin dia sibuk kot?"

"I keep telling myself that but it doesnt helping I feel so empty nowadays. This loneliness is killing me"

"Just be positive"

"I just cant help it. I just cant. I feel so alone. Orang semakin jauhi aku. Aku rasa pathetic sangat. Aku dah tak punya sesiapa lagi. Dah tak ada orang inginkan aku lagi. Dah tak ada orang nak aku. Dah tak ada. Dah tak.." Dan cawan kecilnya menyentuh tangan aku. Dia renung mata aku. Menerobos jauh sedalam yang mungkin. Dia kata "Mungkin dorang semua dah tak inginkan kau lagi. But hey..you still got me kan?"

Mata kami bertemu dan aku dapat lihat kejujuran di matanya. Aku terpaku seketika dan dia senyum pada aku. Di luar, hujan sudah berhenti dan cahaya mentari sudah mula menyinari jalan meskipun hanya sedikit. Dia menyuruh aku menghabiskan minuman aku, membayar bil dan kami melangkah keluar bersama. Hari suram yang kebasahan itu kami habiskan dengan menjenguk bundle-bundle lokal dan ketawa pada harga yang tidak munasabah, memasuki kedai buku dan dia membuka kasutnya, berjalan di sekitar dengan hanya berstokin dan dalam setiap langkah yang kami ambil, kami sibuk menyoal satu sama lain tentang apa yang dimaksukan dengan mousse.

Aku melihatnya mendengus melihat kasutnya. "Jari kelingking aku sakit. Kasut ni gigit aku" kata dia. Tapi sebelum aku bertanyakan sama ada dia sudah menggigit kasut yang dipakainya sebelum memakainya keluar, dia kata "Aku sudah gigit okay kasut ni lebih awal lagi. Tapi kasut ni degil" Dan kami menuju ke terminal bas utama dengan dia melangkah perlahan, sambil aku ada di sisinya, mengerutkan dahi seolah berkongsi kepedihan yang sama.

Dan bila tiba di terminal bas, dia meluru ke pondok teksi dan menyewa teksi untuk pulang. Aku menyusulinya masuk ke dalam teksi. Sepanjang perjalanan, hujan turun kembali dan kami tak henti-henti bercakap seperti sudah tidak pernah bertemu sejak puluhan tahun yang lalu. Jalan raya basah seperti sebelumnya dan ttis-titis hujan melekap di tingkap kereta. Aku tak tahu sama ada dia memikirkan perkara yang sama bahawa, perjalanan balik ini adalah suasana romantis yang mendamaikan.

Di persimpangan antara rumah aku dan rumahnya, aku membayar tambang walaupun dia menghalang. "Kan aku yang ajak kau naik teksi. So let me pay it" kata dia. Tapi aku cuma tersenyum dan hulur dua keping not merah kepada pemandu teksi. Aku lambai tangan aku pada dia semasa aku keluar dari teksi walaupun dia sebenarnya kelihatan tak puas hati dengan tindakan aku.

Semasa teksi menyusuri jalan menuju ke rumahnya, meninggalkan aku dan semakin menghilang dari pandangan, dan hujan juga masih turun sedikit demi sedikit, aku berbisik pada diri sendiri "Im paying it not because you already pay the drinks earlier, tapi untuk bahu yang kau sedia dan renungan yang kau pancar untuk hari ini. Terima kasih kerna menunjukkan aku bahawa aku tak pernah berubah. Aku kekal aku, si becok yang tak tahu berhenti bercakap bila bertemu dengan si pendiam yang gemar mendengar. Terima kasih kerna membiarkan aku berkongsi apa yang menendang dada aku selama ini. Today is priceless. I cant even pay it actually. Tapi ego aku besar jadi aku bayar tambang teksi supaya aku tak kelihatan terhutang budi sangat. But deep inside i always owe you. Deep inside, i just always have you"

Di langit, awan kelam yang membanjiri ruangan perlahan-lahan bertukar terang.

***************************

dan aku sebenarnya mahu menghabiskan sisa waktu aku bergelar bujang dgn org hebat seperti dia salah satunya.
Masih berlegar-legar soalannya tempoh hari.Waktu tu,kami tgh duduk menunggu rakan yg lain utk smpai di stesen bas dan dia kata,

"aku selalu tertanya-tanya,kenapa kita tak rapat dari dlu?"

Hey,aku pun terfikir soalan yg sama! Sdgkan dlu kita ke sekolah naik bas yg sama tiap hari. Percaturan tuhan. Klu dari dlu,kita rapat,mesti apa yg kita bncgkan tempoh hari dlm bas sudah tercapai kan?

Apa dia?

Buat clothing?
Band? You're the writer and I will be the singer.

Aku pun tak pasti harus berkubur ataupun stakat tercatat di langitkah hasrat kita tu.

Bro, kau mmg penulis yg baik.
Aku pasti,tulisan2 kau tu dlm diam pn sda pnya byk peminat dlm diam.

Kipidap bro!

Comments