I'm not mad.I'm just hurt.


 Setelah beberapa tahun mama meninggal dan beberapa kali juga tiket penerbangan batal disebabkan aku takut untuk jalan jauh sendiri tanpa mama, akhirnya tahun ini aku sampai juga di sini. di tempat kakak ku. Alasannya, sebenarnya untuk aku berehat jauh dari kesibukan rumah dan rehatkan mental ku yang selalu sakit di Tawau. Hampir dua bulan aku dan Aijazz di sini. jauh terpisah dari Abang.

  Bulan pertama aku akur akan kesibukannya yang jarang mau perhatikan kami. Jarang bertanya khabar dan hanya akan mesej bila aku yang mulakan dulu bertanya tentang hari-harinya. Sabar dan sabar lagi.. rindu? aku pun tidak tahu mau ceritakan rindu itu macam mana rasanya sekarang. terasa hambar dan sakit.

 dan bila aku suda marah, dia kata aku perbesarkan hal yang kecil. ya. aku marah hanya kerana dia selalu tinggalkan mesej ku di tengah perbualan lepas tu dia hilang begitu saja. sudah kerja, malam baru dia muncul, dan tiba-tiba lagi minta untuk terus tidur sebab esok hari mahu kerja. Aku cuba faham dia. yang buat aku marah ialah bila dia tidak mencari seolah-olah kami ni tidak penting. bila ada waktu sekejap untuk kami bercerita, lepastu dia akan hilang lagi.

  aku cuba sabar sehinggalah dia kata, selama perkahwinan kami dia tidak pernah pun jentik atau pukul aku. dan dia sda cuba bersabar sepanjang perjalanan kami bersama. aku sedar aku ini orangnya  bagaimana dan aku selalu bilang, kalau sudah tidak mampu bersabar. LEPASKAN SAJA

aku PENAT. selalu sakit,merajuk tiada dipujuk hingga aku sejukkan rajuk ku sendiri. dan aku OK lagi. sakit lagi dan seterusnya akan begitu. hampir 8 tahun kami bertahan. aku bertahan dengan caraku dan dia bertahan dengan sabarnya.


yang aku tahu, aku SEPI dan aku PENAT. tersangat PENAT dan Sakit,


aku ambil keputusan untuk blok dia di Whatsapp, FB dan panggilan biasa. aku tidak mahu mencari dan aku tahu dia tidak akan sungguh-sungguh mencari aku.

  aku teringat 6 tahun lalu aku pernah merajuk. aku tidak pulang kerumah. aku tempah hotel dan duduk di sana tidak mahu jawab panggilan siapa pun dan dia di rumah langsung tidak mencari aku. bandar Tawau tu kecil. Kalau betul dia ada inisiatif mau mencari atau pujuk aku, dia turun saja ke bandar cari aku tapi tidak. TIDAK. sampai bila-bila pun aku akan ingat kejadian tu. 

  mampukah aku bertahan lagi? aku BOSAN dan sakit. aku PENAT dan KESEPIAN. hidup dengan manusia yang menganggap aku tidak ada.

Comments