10 March 2016

Kini bunga disunting orang.
Bunga yang ditanam oleh tuan lama sebentar lagi dimilik orang.

Saya di sini masih di tanah yg sama.
Masih terpasak akar saya.

Namun tuan pergi kerna tak sanggup menjaga saya lagi.
Begitukah wahai tuan?

Tuan,saya masih hidup pada pengharapan lalu.
Dan kita sudah bahagia.
Kita akan bahagia.
Semestinya bahagia.
Kita bahagia dalam angan-angan itu.

Dan

Sebentar lagi,angan akan dibawa angin lalu pelan-pelan lesap bersama awan di atas sana dan berpecah-pecah menjadi titik-titik bintang di langit kala malam.

Tuan,jangan lupakan bunga ini.
Bunga ini pernah hidup atas rasa cinta tuan.

Semoga tuan baik-baik sahaja di mana pun tua berada.

Comments