Cinta? Apa itu?

Jika semalam aku bertanya

"bagaimana harus aku menikah dgn laki-laki yang tidak pernah aku cintai",

dengan itu,
harini aku ingin bertanyakan,

"Bagaimana aku hidup nanti dgn laki-laki yang tidak tahu apa itu erti cinta dan tidak pernah juga rasa mencintai aku?".

Lalu,
Bagaimana kami nanti nya?

Bercinta selepas nikah?
Aku harapkan bukan retak-retak pada hati lagi bahkan bercambah-cambah bunga baru.

Tapi,
Adakah realiti itu sama seperti drama-drama pda kaca televisi di rumah kita?
Ataupun sama seperti kisah-kisah dalam novelnya?

Mungkin salah aku bertanyakan pda dia,
Adakah kau mempunyai perasaan cinta terhadap aku sekarang?

setelah selama ini,dia cuba berbaik-baik dgn aku,
Setiap senyuman yg dia lemparkan.
Setiap kali dia bawa aku bercakap.
Setiap mesej-mesej yang dia kirimkan.

Oh ya,aku terlupa aku pernah mengatakan ini dgn teman-temanku,

"Selagi dia tidak pernah mengatakan 'aku mencintai kau.'
Maka bukanlah setiap apa yg dia tunjukkan padamu itu adalah cinta.

Jangan tertipu dengan kebaikan.

"Abg serasi dengan mairah?abg sda rasa jatuh cinta dgn mairah?"

"Cinta..abg masih x faham apa itu cinta." Katanya.

Terima kasih tuhan atas pengaturanmu.
Entah apa hikmahnya,aku masih menunggu.
Penuh pengharapan yang masih belum pasti.

inilah jalanku.
Menikah dgn orang yg tidak aku cintai dan tidak mencintai aku.

Kah kah kah kah Megs.

Comments