.

Adikku,

Kau masih putih masih bersih sewaktu ku kucup dahimu tadi.
Cuma mungkin warna bibir sda bertukar sedikit kebiruan.
Namun,di balik kelopak mata yang tetutup itu semua tahu terdapat dua bola mata indah yg selalu melirik mata pada kami suatu ketika dahulu.
Bibirmu yg kini membiru itulah yang dahulunya selalu tersenyum sinis dan berbicara bait-bait yg sering menggembirakan kami d sekelilingmu.
Badanmu yang kian membeku juga dahulunya yg sering membuat lagak-lagak lucu buat semua.
Kau pasti terkenal d kalangan kawan-kawanmu yg lain kerana keramahanmu.
Kau comel,
Kau cantik adikku.
Selamanya cantik.

Walau kau merana dalam diam,
Namun di luar kau tetap gagah jua utk meneruskan hidup.

Dulu kita sama-sama menangisi pemergiaan arwah ibumu.
Dan kini kami pula menangisi pemergiaanmu.
Terlalu pantas dan tanpa terduga.
Tenanglah engkau di sana wahai adikku,
Kau masih hidup di dalam hati kami.
Dan kau akan sentiasa mekar di setiap bucu-bucu hati kami.

Al-Fatihah buatmu sepupuku yang tersayang.

---------------------------------------------

Beberapa minggu yg lepas masa dia dimasukkan di wad Ccu,aku sempat melawat arwah dan berkata pada dia,

"Baby cepat-cepatlah sembuh.Pegi kawin kakak 29 nanti.Wajib!"

Dia memukul-mukul manja tgn aku dan katakan ya dia akan pergi.
Dia masih bermain seperti selalu.
Masih riang macam dulu.Kami sempat mengata doktor yg ada di situ sambil ketawa perlahan-lahan.
Kami sempat berkongsi cerita pasal aku dgn bakal suami dan dia terhibur mendengarkan aku.
Dia jga kata dia tak sabar-sabar mahu lihat bakal abg ipar dia.
Sebab tu la aku kata, CEPAT-CEPAT SEMBUH!

Tadi,aku terima panggilan telefon dari kakcik.Aku ingatkan yg mereka mahu dtg tadi tapi tak siapa duga.
Khabar tadi meriuhkan suasana dalam rumah dgn tangisan atas pemergiaan arwah.
Arwah sudah sihat.Arwah sudah sihat.Tapi siapa sangka.
Allah lah yg berkuasa ke atas diri arwah.

semoga engkau tenang di sana.
Berjumpa lebih dahulu dgn arwah ibumu.
Kami sayang baby. Selalu dan selamanya.
Baby ttp adik kami dunia wal akhirah.

Al fatihah.

Comments